AIR MIM
Sunday, November 30, 2014
AIR MINUMAN RO (REVERSE OSMOSIS)
PROFIL SYARIKAT
Hj. Kamarudzaman Hj. Mustafa
Pengarah Urusan
Kilang Air MIM telah ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan produk Air Minuman Berbungkus (AMB) kepada orang-orang Islam yang berasaskan "HALALAN TOYYIBAN".Di kilang ini kami sentiasa mematuhi spesifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).
Pengasas kilang ini adalah seorang anak jati Pulau Langkawi yang berasal dari keluarga penoreh getah dan pesawah padi.Beliau mula menceburi industri pengeluaran Air Minuman Berbungkus (AMB) ini pada awal tahun 2009 yang diurus tadbir oleh UMMI AGRO INDUSTRY SDN. BHD. dan dibantu oleh Dr. Hjh. Che Shamsiah Hj. Md. Amin iaitu isteri beliau.
Produk keluaran kilang ini adalah Air RO (Reverse Osmosis) berjenama MIM dan Air Alkali berjenama UMMI ALKALI.Jenama MIM dipilih kerana perkataan tersebut telah sinonim dengan orang politik berbangsa Melayu.Maksud "MIM" adalah "Melayu".Ini bermaksud air keluaran syarikat Melayu.
VISI
Menjadi syarikat pengeluar dan pemasar Air Minuman Berbungkus (AMB) Bumiputera terkenal di Malaysia yang berkonsepkan "HALALAN TOYYIBAN" dan berprinsipkan "BERSIH-KUALITI-HALAL".
MISI
- Pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi kilang terbaik untuk pekerja.
- Mencipta jenama MIM yang dikenali di Malaysia.
- Mengekalkan produk berkualiti tinggi yang merangkumi teknologi bagi mengurangkan kos dan menambah tahap perkhidmatan.
OBJEKTIF
Memonopoli pasaran Air RO dan Air Alkali di seluruh Pulau Langkawi khasnya dan seluruh pelusuk Malaysia amnya.
Saturday, November 29, 2014
KILANG AIR MIM

Dikilangkan oleh :
UMMI AGRO INDUSTRY SDN BHD.(Co.No : 871821-P)
Lot 302&303,Kawasan Perindustrian KEDA,
Kg Wang Tok Rendong,
Jalan Ayer Hangat,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.
Tel : +04-9698858 D/L : +04-9698856
Fax : +04-9698859
Email :airmim@yahoo.com.my
Website :www.ummiagroindustry.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)